Assalammualaikum W.B.T

Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari ilmu perubatan islam,

Pada setiap hari selasa minggu pertama dan ketiga Ustaz Mohamad Redza bin Haji Ahmad akan

mengadakan kuliah perubatan islam.

Kuliah merujuk kepada buku "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat Dan

Doa-Doa Mustajab Edisi Kedua". Diharap ahli -ahli kariah Presint 18R8 dapat meng

imarahkan majlis ini. Rugi sesungguh-sungguhnya sekiranya kita tidak memanfaatkan majlis ini,

Sekian, Terima Kasih,

_Moderator_

p/s Buku "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat Dan Doa-Doa Mustajab Edisi

Kedua" ada di jual semasa majlis dengan harga RM 15. Sekiranya berminat juga tuan-tuan dan

puan-puan boleh menghubungi Ustaz Redza 019-6103987, Azizi - 012-6918353.

Beramal Dengan Ayat Pendinding Diri

Hadith :
Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Dua ayat dari akhir surah al-Baqarah, sesiapa yang membacanya maka cukuplah baginya daripada mengadakan qiamullail (atau kedua-duanya akan menjaganya dari segala kejahatan dan perkara-perkara yang tidak disukai.) ”


al-Bukhari dan Muslim

Huraian

Dalam musnad Imam Ahmad, juzuk ke empat, halaman 156 disebut mahfum hadis, "Sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik.” Agama Islam amat melarang penggunaan tangkal meskipun tangkal tersebut menggunakan ayat-ayat al-Quran. Mengapa? Kerana untuk mengelak atau menjaga kesucian ayat al-Quran daripada terbawa ke tempat yang kotor seperti ke dalam tandas dan sebagainya selain untuk membulatkan keyakinan dan keimanan kita bahawa Allah SWT bersifat Maha Pelindung kepada manusia daripada segala mara bahaya dan malapetaka. Justeru adalah lebih baik untuk kita sebenarnya menghafal ayat-ayat al-Quran atau beramal dengan ayat-ayat al-Quran serta doa-doa khusus untuk memohon daripada Allah dan menghindari daripada apa yang tidak diingini. Jangan sesekali kita terjebak dengan amalan khurafat, termasuk percaya kepada bomoh yang kononnya dapat membantu menghalau jin dan syaitan yang kebiasaannya mereka memuja mengamalkan perkara khurafat dan syirik kepada ALLAH sedangkan sebesar-besar dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT adalah dosa syirik. Perlu juga diingat bahawa tujuan al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk dijadikan azimat atau hanya disimpan untuk perhiasan di rumah sahaja, tetapi al-Quran diturunkan untuk dibaca, difahami, dikaji, dipelajari, diambil iktibar dan dijadikan pedoman serta diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit. Allah SWT berfirman dalam Surah Yunus ayat 57, maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".



Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1600


APAKAH


KITA MEMAHAMI KANDUNGAN AL QURAN SELAMA HARI INI?




Islam Laksana Sebatang Pohon (II)


Mari kita membuat kajian tentang pohon yang sempurna dan rindang untuk membantu kita memahami ajaran Islam yang utuh secara ringkas. Pohon apapun kalau akarnya benar-benar menghujam bumi maka pohon itu menjadi gagah, kuat, teguh. Ketika datang angin kencang, pohon itu tidak akan jatuh, tidak akan tumbang. Kalaupun ada yang jatuh, hanya daun-daun kering dan ranting-ranting tua. Begitulah satu isyarat Allah kepada kita bahwa orang yang benar-benar beriman dan berjiwa tauhid dapat merasakan iman dan Islam sampai ke peringkat hati. Mungkin kita sering mendengar ceramah-ceramah atau melalui berita di surat kabar, seruan untuk menegakkan pemikiran yang Islami. Tapi sebenarnya itu saja tidak cukup. Di peringkat awal mungkin pemikiran Islam dapat ditumbuhkan melalui bacaan dan pelajaran tapi pada peringkat selanjutnya seseorang itu harus dididik sehingga dapat berjiwa Islam.

Seorang yang berjiwa Islam tak perlu terlalu banyak ilmunya. Walaupun sederhana ilmunya tapi sampai peringkat berjiwa Islam, imannya kuat, teguh, samapi dapat merasakan takut dengan Allah, gentar dengan Allah, cinta dengan Allah. Yang merasakan adalah hati, bukan akal. Jadi orang yang benar-benar berjiwa Islam, tauhidnya benar-benar tertanam di dalam hati. Orang yang imannya begitu teguh, jika diuji dengan berbagai-bagai ujian, baik diuji dengan nikmat maupun diuji dengan siksaan, imannya tidak akan tumbang, Islamnya tidak akan jatuh, akhlaknya tidak akan runtuh. Walaupun dunia diserahkan kepadanya, diberi pangkat yang tinggi, mobil yang mewah, rumah yang besar, tetap imannya tidak akan tumbang. Bahkan semakin bersyukur dan semakin halus akhlaknya. Sebaliknya, jika diuji dengan penderitaan, walaupun miskin harta sekalipun, tetapi makin kuat imannya, amalan Islamnya tidak akan ditinggalkan, budi pekertinya bertambah halus, akhlaknya bertambah kuat. Tetapi jika iman belum tertanam di dalam hati, baru sekedar berpikiran Islam, jika diuji dengan sedikit ujian, Islamnya akan runtuh dan imannya roboh. Sedikit sakit, sudah tidak shalat atau kalaupun shalat sudah tidak khusyuk.

PALESTIN : LAGI USAHA KITA

Palestin : Lagi Usaha Kita
& Doa Qunut Berbaris
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.
Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera. Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali.
Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia.!
Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'.
Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.
Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda.
Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

Gambar ihsan Utusan Malaysia
USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.
1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam
3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.
b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.
6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.
7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.
8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.
TINGKATKAN KEPEDULIAN

Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.
Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.
Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:
Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu,

AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!
Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya.

Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA , Bush bukan main seronok dengan Yahudinya.( Sumber di sini )
Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota , Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus. ( SUMBER)

Seorang rakan warganegara Amerika di sini memberitahu kami bahawa Bush sedang merancang Amerika menyertai perang, itu adalah salah satu jalan agar perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden UA pada 20 Januari 2009 terpaksa ditangguh, kerana demikian menurut undang-undangnya. Iaitu jika US sedang dalam peperangan, Presiden yang sedang menerajui akan kekal. Kami tiadalah mengetahui sejauh mana benarnya ramalan atau analisa ini. Cuma ini mungkin salah satu sebab Obama dan rakannya, senyap sunyi menggelak dari memberi komen dalam isu Palestin.

Namun saya kira, mungkin hasrat Bush sedikit terganggu kerana untuk berperang Amerika perlukan berbillion US , bagaimana ia boleh sedang dalam ekonomi yang sanagt sakit dan teruk.?

MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT BERSUARA

Kalau sebelum ini yang tidak kurang bengisnya adalah Britain, sebagaimana dalam kes Iraq, namun, kini UK agak senyap sunyi sikit, Alhamdulillah. Mengapa?
Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworth, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur. Ditambah dengan cuaca sejuk luar biasa, Sehingga kami yang berada di sini turut bimbang.

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin , Afghanistan , Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
6 Januari 2009
4.29 pagi ( UK time)
Last update: 06-01-2009 22:49

PENGUMUMAN

BAGI PENDUDUK KARIAH PRESINT 18R8, SEKIRANYA ADA APA-APA KEMUSYKILAN, PERTANYAAN TINGGALKANLAH KOMEN DI LAMAN BLOG INI,
INSYAALLAH AKAN DIJAWAB SEBERAPA SEGERA.

KULIAH TAFSIR OLEH USTAZ ABU BAKAR

Salamualaik...

Pada 8 Januari 2009 Ustaz Abu Bakar daripada Shah Alam telah menyampaikan kuliah bulanan beliau bagi pertama kali dalam Bulan Januari 2009, dan pertama kali bagi tahun 2009 ini. Kuliah pada tahun ini dimulakan dengan tafsir Surah Yassin.
Beliau yang merupakan abang kepada Saudara Pengerusi Surau Istiqamah Saudara Muhammad Omar Farouq bin Yahya memulakan kuliah dengan menekankan bahawa diantara cara untuk kita mendapat hidayat daripada Allah S.W.T ialah dengan menyibukkan diri kita dengan memabaca Al-Quran Al-Karim. Ini sesuai dengan salah satu daripada Al-Hadith yang antara lainnya bermaksud.."Daripada Abu Zhar RadiAllah Hu'anh " Berikanlah Nasihat padaku Ya Rasullullah, Rasullullah S.A.W bersabda, wajibkanlah kamu supaya bertakwa kepada Allah S.W.T, berikanlah lagi nasihat padaku, kemudian Rasullullah S.A.W bersabda, sibukkanlah dirimu dengan membaca AL-Quran. 1 perkataan Al-Quran sekiranya dibaca akan mendapat 10 pahal kebajikan, dan bayangkanlah sekirany Al-Quran dibaca setiap hari sehingga berjuzuk-juzuk?.

Salah satu contoh bagi menunjukkan begitu tinggi nya ganjaran bagi mereka yang membaca Al-Quran ialah pahala membaca SUratul Ikhlas. Sekiranya membaca suratul ikhlas sebanyak 3 x akan mendapat sebanyak 3/4 pahala membaca keseluruhan Al-quran. dan ada diantara pendapat 3 x membaca keseluruhan Al-Quran. Muslimin dan juga muslimat adalah ditekankan untuk bertanggungjawab dengan Al-Quran dan memberi "hak" Al-Quran itu, dan Hak Al-Quran itu adalah membacanya.

Daripada Anas bin Malek R.A, Sesungguhnyadalam setiap benda ada Hati, Jantung.....dan Hati Al-Quran itu adalah Yassin. Anas bin Malek adalah merupakan Kaim (Kadam) bagi Rasullullah S.A.W selama 20 tahun. Banyak yang beliau perolehi daripada Rasullullah S.A.W.

Surah Yassin

Pengenalan

Surah Yassin dikenali dengan beberapa nama diantaranya ialahMu' zomah / Azim yang bermaksud "agung". Sebelum diturunkan di dalam kitab Al-Quran, Surah Yassin telah diturunkan di dalam kitab Taurat dan telah diberi nama "Noimah yang bermaksud " Keberkatan".

Antara nama-nama lain bagi surah yassin ialah:

Mudhafa'ah = Yang menghalang / mempertahankan diri - Membaca Surah Yassin dapat menjauhkan diri kita daripada bala Allah, Bencana DSB.

Qodhiah = Menyempurnakan Hajat - Membaca Yassin dapat memudahkan jalan bagi kesulitan yang dihadapi. InsyaAllah.

Surah Yassin sekiranya diamalkan / disemarakkan dengan membacanya pada malam hari, InsyaAllah kita akan mendapat keredhaan Allah dan Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita. Jika dibaca kepada merekayang sedang menghadapi sakaratulmaut, insyaAllah akan dipermudahkan keluarnya roh , dan bagi yang sakit akan disembuhkan.

Ayat 1

يسٓ Huruf "Yasin", adalah huruf "Muqotto'ah"-ayat terpotong, ayat seperti ini terdapat juga di dalam surah, surah lain di dalam Al-Quran. Ayat seperti ini menunjukkan bahawa betapa hebatnya Allah S.W.T dengan memberi mukjizat ayat Al-Quran yang tidak boleh diungkap oleh umat manusia, Abdullah bin Abbas R.A mengatakan bahawa hurufس ituadalah namaAllah S.W.T. Ayat ini juga merupakan seolah-olah "Kod Rahsia" antara Allah dan Rasulnya- hanya Allah dan Rasulnya yang tahu. يسٓ juga ada sesetengah pendapat merupakan "short form" bagi wahai manusia! bagi setengah-setengah pendapat, dan ada juga pendapat mengatakan bahawa ia adalah nama panggilan nabi S.A.W, daripada nama yang dipendekkan. Kalimah يسٓ ini tidak diperseruji oleh Imam Malik R.A untuk diberikan nama kepada manusia, beliau berfatwa yang kalimah tersebut hanya layak kepada Allah S.W.T sahaja. Akan tetapi bagi sesetengah ulama ianya boleh dengan syarat tidak boleh sama ejaan / kalimah yang di dalam Al-Quran itu (يسٓ).

Ayat 2-3

وَٱلۡقُرۡءَانِ ٱلۡحَكِيمِ (٢) إِنَّكَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٣)

Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, (2) Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, (3)

Ayat ini merupakan jawapan daripada Allah S.W.T kepada mereka yang tidak boleh menerima Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul Allah kerana ramai diantara Nabi dan Rasul adalah dari kalangan Yahudi, Kaum Bani Israel, mereka kata Nabi Gila dan Sesat, walaupun mereka mempertikaikan Nabi Muhamad S.A.W sebagai Nabi dan Rasul sehingga ke hari ini, sebelum itu pun nab-nabi yang diutuskan oleh Allah S.W.T kepada mereka tidak meninggalkan apa-apa kesan kepada mereka pun, malah mereka membunuh nabi-nabi merekatersbut. Mereka mengatakan nabi sesat dan gila.

Nabi S.A.W adalah diutuskan untuk memberi amaran kepada mereka-mereka itu, iaitu para manusia, kita semua, sebab itu kita hendaklah selalu membaca Al-Quran dan Tafsirnya sekali kerana banyak ayat2 amaran daripada Allah S.W.T seperti surah Haqqah.

AYAT 4-6

عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٤) تَنزِيلَ ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ (٥) لِتُنذِرَ قَوۡمً۬ا مَّآ أُنذِرَ ءَابَآؤُهُمۡ فَهُمۡ غَـٰفِلُونَ (٦)

Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam). (4) Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, (5) Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai. (6)

Sebelum diutuskan Nabi S.A.W kepada kaum musyirikin, sebelum itu telah diutuskan Nabi Ismail untuk bertujuan memberi peringatan kepada kum mereka. Antara Nabi Ismail hinggalah kepada NAbi S.A.W merupakan satu jarak masa yang panjang dan mereka masih belum berubah, masih di dalam kesesatan. Mereka tidak mahu mengikuti apa yang telah diajarkan oleh Nabi-Nabi dan Rasul-rasul sebelum mereka.

Ayat 7-8

إِنَّا جَعَلۡنَا فِىٓ أَعۡنَـٰقِهِمۡ أَغۡلَـٰلاً۬ فَهِىَ إِلَى ٱلۡأَذۡقَانِ فَهُم مُّقۡمَحُونَ (٨) وَجَعَلۡنَا مِنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ سَدًّ۬ا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدًّ۬ا فَأَغۡشَيۡنَـٰهُمۡ فَهُمۡ لَا يُبۡصِرُونَ

Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman. (7) Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. (8)

Merupaka ayat amaran daripada Allah S.W.T untuk mereka yang kufur, syikrik DSB. mereka akan diazab oleh Allah S.W.T dengan diikat leher dengan tangan mereka dan dijadikan didepan mereka dinding( benda yang menghalang mereka daripada mereka melihat di hadapan mereka). Ada pendapat rantai yang digunakan untuk mengikat mereka ini adalah sepanjang 70 hasta.

Ayat 10

وَسَوَآءٌ عَلَيۡہِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (١٠)

Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa dia tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.

ini menceritakan kesedihan dan dukacita Nabi tentang kematian bapa saudaranya yang tercinta iaitu Abi Thalib yang meninggal masih dalam keadaan tidak beriman kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah menurunkan ayat ini, untuk mengembirakan Rasul S.A.W dimana hidayah Allah, iman hanya Allah yang maha mengetahui, berkuasa sahaja yang layak memberi kepada sesiapa yang diingini. Tugas Rasul adalah hanya untuk menyampaikan sahaja.

Kuliah akan disambung pada masa akan datang (sila rujuk jadual pengajian di blog ini)

Wassalam.

PAUTAN DOKUMEN/JADUAL

KULIAH ILMU BULANAN "70 DOSA BESAR" USTAZ MOHAMAD REDZA HJ AHMAD



Assalammualaikum W.B.T,

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T dan kebesarannya, Surau Istiqamah telah dapat meneruskan aktiviti bulanan bagi meneruskan kerja-kerja dakwah, setelah tahun 2008 melabuhkan tirainya, 2009 pula telah pun menjelma, maka aktiviti dakwah kami pun bermula juga untuk tahun 2009 ini. Moga-moga Allah S.W.T memberikan kami kekuatan untuk meneruskan kerja-kerja ini bagi penduduk-penduduk kariah kami ini khususnya dan kepada seluruh kaum muslimin dan juga muslimat Amnya.
Kuliah bulanan kami pada tahun ini dimulakan dengan Ustaz Redza menyampaikan Kuliah bulanannya menyambung kembali Kitab "70 Dosa Besar" yang telah dibincangkan pada pertemuan-pertemuan yang lalu. Kita perlu sentiasa bermuhasabah diri kita , tidak kira bila dan di mana kita berada...Ustaz menekankan walaupun kita yang berjaya menghadirkan diri di surau untuk menambahkan ilmu, mengingati Allah S.W.T, akan tetapi ramai lagi rakan-rakan kita yang tidak berkesampatan untuk menghadirkan diri mereka di Surau-surau. Rasullullah mengajarkan kepada kita untuk memperuntukkan masa-masa tertentu bagi bekerja, berehat dan beribadat kepada Allah, 1/3 untuk bekerja, 1/3 untuk berehat dan 1/3 lagi untuk beribadat kepada Allah S. W.T, begitu islam mengajarkan kita, begitu cantiknya islam itu.

Ibadat pula adalah terlalu luas, walaupun dengan berbual-bual dengan rakan tetapi ianya melibatkan perbincangan mengenai agama, Allah dan Rasul maka itu juga dikira sebagai ibadat. Menyambung semula perbincangan mengenai "70 dosa besar" pada kali ini telah sampai kepada perbincangan mengenai dosa meninggalkan zakat, di mana adalah berdosa besar bagi seorang muslim meninggalkan zakat yang telah diwajibkan kepada mereka. Ini termasuklah Zakat Fitrah yang perlu ditunaikan pada setiap bulan Ramadhan dan juga Zakat Harta (ternakan) / perniagaan. Alhamdulillah Zakat Fitrah memang sentiasa ditunaikan oleh muslimin & muslimat di bulan Ramadhan, cuma perlu lagi diperbaiki cara zakat itu ditunaikan. telah menjadi lumrah umat islam di Malaysia menunaikan zakat secara "last minit" tunggu sehingga 1 Syawal sebelum menunaikan Solat Idulfitri, memanglah ianya afdhal, akan tetapi ini mungkin akan menimbulkan kesulitan kepada kita sendiri, Jabatan-jabatan Agama Islam untuk mengagihkan duit zakat itu sendiri dan sebagainya.

Bagi Zakat Harta(ternakan), perniagaan pula ianya boleh merosakkan akhlah, akidah sekiranya sengaja ditinggalkan, Rasullullah S.A.W berpesan didalam Sabdanya yang antara lain menekankan bahawa di dalam Rezeki yang diterima oleh kita itu terdapatnya rezeki bagi orang lain yang memerlukannya, ini serupa juga dengan solat, sekiranya kita meninggalkan solat secara sengaja boleh sesat, rosak akhlak dan akidah dan kita tidak akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. Setiap amalan kebajikan kita di dunia ini tidak diterima oleh Allah S.W.T sekiranya kita tidak bersolat.
Sentiasa kita beristighfar, memohon keampunan dari Allah S.W.T agar setiap amalan kita di dunia ini diterima oleh Nya. Kita sentiasa perlu belajar untuk melengkapkan solat kita, Nabi telah tunjukan cara solat yang sebenar. Ustaz juga menekankan bahawa Fatihah adalah rukun wajib didalam solat, Bacaan "Attahiyyat" juga adalah wajib dan selawat keatas nabi itu juga wajib di dalam solat. Anak-anak kita juga perlu ditekankan untuk menunaikan solat pada umur 7 tahun "...muruauladakum bissolah.." suruhlah anak kamu bersolat pada umur 7 tahun.


Ustaz juga mengesyorkan buku bertajuk "Pendidikan Anak-Anak Menurut Islam" buku ini telah diterjemah semula oleh Ustaz Zahazan daripada sebuah kitab Arab. Zakat diwajibkan kepada kita antara tujuan nya ialah untuk melarang kita menjadi kikir dan kedekut, dan untuk melatih diri kita agar sentiasa bersedekah. Kerana di dalam hak kita, ada hak orang lain (seperti di dalam asnaf yang 7). Contohnya di Kemboja dan Palestin. Bagi Zakat harta, kita di Malaysia perlu mengikut Fatwa ulama-ulama Negeri, kalau diwajibkan maka kita perlu ikut. Ustaz juga menekan bahawa Zakat dan sedekah adalah sesuatu yang berbeza. Walaubagaimanapun kita perlu melihat di dalam tahap kewangan kita, dan kadar kemampuan kita. " Hendaklah kamu mengeluarkan sedikit daripada harta kamu sebelum datangnya kematian" . Dan akhir sekali Ustaz mengakhiri kuliah dengan sebuah maksud hadith Rasul S.A.W : 3 orang yang awal masuk neraka: 1. Penguasa, Pemerintah yang kejam 2. orang kaya dan tidak mengeluarkan zakat dan 3. Orang fakir dan miskin tapi sombong.


Wassalam.



MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1430 HIJRAH - SURAU ISTIQAMAH P18R8, PUTRAJAYA


Salammualaik...

MARHABBAN..MARHABBAN...1430 HIJRIYAH..

Sempena menyambut kehadiran tahun hijriyah yang baru...1430 hijrah Surau Istiqamah telah mengadakan majlis sambutan maal hijrah peringkat kariah Presint 18R8 pada hari Ahad 4 Januari 2009 bersamaan 7 Muharram 1430 hijrah yang lalu,

Majlis berlangsung dengan keadaan penuh mesra dan sederahana dengan kehadiran seramai lebih kurang 70 orang ahli kariah. Majlis bermula pada pukul 7.00 malam dengan kehadiran para jemaah dan disusuli dengan solat maghrib berjemaah.

Ustaz Yusoff Hassan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), penceramah jemputan pada malam itu telah menyampaikan ceramah . Beliau telah menyentuh hakikat, pengertian hijrah itu sendiri..apakah itu 'pengorbanan'. Rasullullah S.A.W telah berhijrah ke Madinah bersama-sama kaum muslimin dengan brjalan kaki sejauh lebih kurang 400 KM, untuk mengembangkan islam, mereka diselubungi dengan kesusahan, penderitaan semata-mata kerana islam..kerana Allah dan Rasul..bagaimana dengan kita sekarang ini ??..

Hadirin begitu khusyuk mendengar tazkirah dan tersentuh apabila diceritakan pada masa ceramah disampaikan lebih 200 insan muslimin dan muslimat telah dibunuh kejam oleh israel laknatuLlah di palestin pada masa itu, sedangkan kita di Malaysia masih aman, beribadat menyembah Allah..anak-anak masih riang bermain dengan kita, masih aman, bersyukurlah...

Ceramah berakhir pada pukul 9.00 malam dengan selepas itu solat isyak diadakan dengan berjemaah diimamkan oleh Ustaz Yussof sendiri.

Selepas itu jamuan ringan diadakan .

SEDIKIT PENJELASAN TENTANG KISAH LEMBAGA HITAM......



GAMBAR IKHSAN DARIPADA HARIAN METRO 23 DISEMBER 2008

Assalammualaikum...

Pada tanggal 21 Disember 2008 yang telah lepas, sebuah akhbar tabloid terkenal tanahair telah melaporkan bahawa terjadinya beberapa gangguan makhlus halus berbentuk 'Lembaga Hitam' telah mengganggu penduduk-penduduk di sekitar kawasan Apartment Presint 18R8 di Putrajaya....kejadian digambarkan seolah-olah sesuatu yang amat dahsyat sehingga dilaporkan di dalam akhbar tersebut sebanyak 10 buah isi rumah telah mengambil keputusan untuk berpindah kerana tidak tahan dengan gangguan tersebut.

Perkara ini telah mencetuskan keadaan panik bagi penduduk-penduduk ahli kariah di kawasan Presint 18R8. Ingin diperjelaskan di sini tentang beberapa perkara sehingga terjadinya salah faham dan 'Fitnah Besar' ini.

Puncanya bermula di sini, pada awal bulan Disember 2008 yang telah lalu, pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Istiqamah telah bermesyuarat bagi menentukan Jadual Aktiviti / Taqwim Surau bagi Bulan Disember 2008. Setelah mengadakan perbincangan, pihak surau telah bersetuju untuk mengadakan satu Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bagi mendoakan keselamatan dan mendapatkan keberkatan memandangkan surau ini baru sahaja ditubuhkan dan kawasan Apartment P18R8 ini baru sahaja didiami.

Memandangkan pihak Surau Istiqamah ada menerima aduan dari beberapa orang ahli kariah yang mempunyai anak kecil yang sering menangis dan pada kami ini adalah perkara biasa yang sering terjadi sekiranya baru menduduki rumah yang telah lama terbiar kosong, namun memandangkan salah seorang daripada AJK Surau ini salah seorang penuntut di Darussyifa, maka pihak surau telah bersetuju dengan cadangan untuk melibatkan Darussyifa (Sebagai tarikan bagi Majlis tersebut).

Pihak kami dengan ini menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa surau ini ada menerima aduan tentang penduduk sering diganggu oleh lembaga hitam yang mengusik harta benda, bersuara dengan suara yang menakutkan dan perpindahan sepuluh buah keluarga sekaligus kerana tertekan dengan gangguan tersebut.

Sekiranya ada berlaku perpindahan penduduk, belum ada aduan lagi yang disebabkan oleh Lembaga Hitam tersebut, kami tidak menafikan bahawa ada penduduk yang telah berpindah kerana telah di 'upgrade' taraf kuartersnya (dari apartment ke rumah teres)dan berpindah kerana telah bertukar tempat kerja.

Apa yang kami kesalkan berita ini ditulis berdasarkan kepada Notis Pengumuman yang ditampal di setiap Blok sebagai panduan, beserta dengan cakap dari mulut ke mulut sahaja, ini disahkan sendiri oleh wartawan tersebut selepas majlis bacaan yasin pada 22 Disember 2008, 9.30 PM - saya sendiri berada disana.

Tidak ada satu pun wartawan yang bertanyakan hal ini kepada salah seorang AJk Surau ini, (memandangkan Presint 18R8 ini tiada Persatuan Penduduk, Surau mengambil tanggungjawab Persatuan Penduduk yang belum ditubuhkan).

Namun pihak Surau Istiqamah mengucapkan terima kasih yang amat kepada pihak akhbar tersebut yang segera menyedari kesilapan dan terus memperbetulkan dan meredakan keadaan dengan membuat liputan susulan pada keesokan harinya melalui artikel yang menulis mengenai keadaan yang 'hampir' sebenar.

Kami menganggap ini adalah ujian bagi Surau dan penduduk-penduduk kawasan ini daripada Allah S.W.T. Kami menerima dengan tabah segala ujian ini.

Kami menyeru umat islam sekalian..tanamkanlah di dalam hati anda, tiada kemudharatan yang akan berlaku kepada kita andainya kita kaum muslimin, muslimat berserah diri kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati, bertakwalah kepada Allah..takutlah kepada Allah daripada takutkan kepada Jin, Syaitan dan Iblis, Lembaga Hitam dan Sebagainya...kerana mereka tidak dapat berbuat apa-apa sedikit pun melainkan dengan izin Allah....Ayuh..kita buang fahaman lapok melayu kuno di dalam diri kita yang masih ada saki bakinya ini!!..

Wassalam
-MODERATOR-

SAMBUTAN HARI RAYA 1429 HIJRAH



(Keterangan Gambar- Sebahagian AJK Surau sedang sibuk menyediakan hidangan Barbeque)

Majlis Sambutan Hari Raya 1429 Hijrah peringkat Surau Istiqamah telah diadakan pada 31 Oktober 2008 dan telah dihadiri lebih daripada 200 orang ahli kariah, ini termasuklah Ustaz Shaharudin daripada JAWI sebagai tetamu jemputan pada malam itu,

Majlis yang sederhana tetapi meriah itu telah diserikan lagi dengan kehadiran artis jemputan, Kumpulan 'BROTHERS' yang telah mendendangkan beberapa alunan nasyid termasuklah lagu hit mereka 'teman sejati'.

Majlis berakhir pada pukul 11.00 malam (lebih kurang).